takde title title nya!


Salam, hai.

Sebenarnya aku baru balik dari surau, beserta kemarahan dan kegeraman aku, terhadap sekelompok keluarga tadi. Keluarga besar kot. Penuh satu surau, buat taik mata. Yang tu aku tak marah sangat, walaupun dah terang benderang tulis kat dinding tu “DILARANG TIDUR DI SURAU INI”. Sebab kadang-kadang aku buat jugak. Tapi masalahnya siap bawak husband-husband memasing pa cita?

Hisy. Aku ni pergi surau tu bukan sebab nak melangut je sambil tunggu ‘bila lah laki ni nak blah’. Tapi takpe, hari ni aku tingkatkan darjah kesabaran aku demi taknak ter’kurang ajar kejap lagi. So tunggu, tunggu dan tunggu…

Masih tak bergerak. Siap golek-golek, dengkur-dengkur lagi. Cinabeng sungguh. Tetiba telinga aku keluar asap, mata aku keluar api. Aku renung satu keluarga tadi bagai nak tembus. Pakej : muka kerek sedia ada. Yang dia tahu buat hanya senyum, pastu “hehe”, ingat aku nak gelak ke?? Kononnya nak buat lawaklah tu “abang, bangunlah, tak malu ke? HAHAHAHAHA.” Bodohnya, dah buat malu boleh pulak jadi tak malu. Aku serious ni makcik.

Lepas tu husband-husband mereka tadi pun bangun. Terpisat-pisat, gosok-gosok mata, sambil cakap “ermmmmm, ngantuknyeeeee”. Kepala hotak mereka! Nak tidur pun surau lelaki kan ada.

Demi nak cover salah diorang tadi, adalah sorang makcik ni volunteer nak tanya aku : “adik, subuh tak masuk lagi kan?” okay, niat aku bukan nak kurang ajar ke apa, cuma bila aku dah menyampah, aku tak boleh nak suka dah. So aku jawab dengan angkat kening je. Sibuk je nak tanya-tanya. Kusut! Kat dinding tu kan ada waktu masuk. Nak aku tujahkan kat mata memasing ke? Karang keluar surau semua buta.

Drop.

No comments:

Post a Comment