kurangkan dosa.


    memang dah menjadi kebiasaan, bila seminggu dua kita terlepas dari menegur rakan-rakan kita, pasti dilabel sebagai sombong, lupa kawan dan sebagainya. itu memang wajib. aku sampai dah jadi lali. bila terlebih cakap pulak, orang rimas, sampaikan kadang-kadang terpaksa remove segala komen-komen yang berbunyi terlalu hyper tu. akulah contohnya. memang dah lali jugak.

    LEBIH BAIK DIAM. banyak kelebihan berdiam diri. sesuatu yang aku jarang sekali dapat rasa, sebab dulu aku memang kuat bercakap. sambil tidur pun boleh bercakap (mengigau lah maksudnya). hikmah diam ni banyak. dan aku rasa dengan berdiam diri pun mampu mematahkan musuh. diam pun boleh jadi ibadah, tanpa perlu bersusah payah. tidak lah aku cakap ibadah lain tu menyusahkan, cuma dengan berdiam ni kita jadi senang.


2 comments: