kisah nur amalina.


salam, hai and greetings.

    straight to the titik, semakin banyak dah post tentang nur amalina nampaknya, betul atau tak, wallahualam. tapi bagi aku, tindakan sestengah blogger yang bertindak drastik dengan meletakkan gambar nur amalina yang kurang senonoh tu macam membuka aib orang pulak. mana boleh macam tu, mungkin tu pelanduk dua serupa ke kan? manalah kita tahu.

    walaupun tajuk entri aku "Kisah Nur Amalina", tapi sebenarnya aku bukan nak cakap pasal dia. cuma nak cakap tentang orang yang mengutuk dia tu. ya, mungkinlah orang yang buat post tentang Nur Amalina ni sekadar nak mengingatkan masyarakat kan, tak salah niat anda tu. tapi caranya salah. lagipun ramai lagi yang seksi macam yang didakwa, tapi kenapa tak ada orang nak kutuk?

    beginilah, iman kan boleh berubah. jadi janganlah pelik dan jakun sampai buat post mengutuk direct macam tu. bagi aku manusia berubah itu normal, tak kiralah dia pandai, cantik, bodoh, dan sebagainya. memang menjadi tugas kita kalau boleh menegur kesilapan mereka, tapi dengan cara yang betullah.

    dan cubalah, sekali saja tanamkan sikap positif. payah ke nak berfikiran positif sepanjang masa? tak kan? mungkin la rasa payah bagi yang memang dari dulu sentiasa berfikiran negatif. kalau selalu bersangka buruk, cubalah kali ni bersangka baik. haaii, artis Malaysia yang lagi seksi dari tu kau boleh puja, takkan kali ni nak mengutuk pulak? kenapa? sebab Nur Amalina tak pandai nyanyi?

    ok, thanks ;)
oh ye, pasal post semalam. kalau ada kekasaran bahasa maaf dipinta. memang jari diluar kawalan :)


No comments:

Post a Comment