argue.


salam, hai.

sebenarnya coretan kali ini adalah disebabkan emosi yang tak terkawal. aku sendiri naik hairan, zaman pucuk pauh delima batu dah berlalu. tapi masih ada golongan yang berfikiran kolot. sangat kolot, sampai aku pun tak reti nak membayangkan kekolotan itu. anda yang membaca tu pun pasti berasa kolot akan post aku ni. malah, aku yang menulis ni pun dah la sedia kolot, maka bertambah-tambah lah kolotnya dikala aku menulis entri tentang orang kolot ini.

kalau nak direnung-renungkan, orang sebegini patutnya dah lama berasap kat indonesia dulu. tapi nak buat macam mana. apapun, aku terima ketentuan Ilahi yang aku akan menghadapi satu situasi yang memeningkan kepala aku, kepala ikan aku, malah kepala lutut dan hotak. dan imaginasi aku tentang situasi ini mengenangkan aku pada suatu malam... Pakcu memakirkan keretanya betul-betul di belakang gerai yang menjadi target kami. Aku dan Kak Ema keluar dari kereta dengan penuh hati-hati, setiap langkah kami sulamkan dengan bacaan bismillah. Tidak lupa juga selawat ke atas Rasul. Segalanya berjalan dengan lancar, tanpa ada sesiapa yang melihat. *the rest is history.

pergaduhan mulut yang berlaku antara aku dan si bodoh sebentar tadi benar-benar menyedarkan aku tentang sesuatu. kenapa aku mesti bergaduh dengan orang macam ni? yang tukang back up nya pun tak kurang hebat. memangkah aku dengan kata-kata aneh. yang aku sendiri tak pernah dengar. selidik punya selidik, laa, speaking rupanya. ingat bahasa asli tadi :)

memangdangkan ayat dia yang tunggang langgang tu, aku dah mula sedar. kalau bergaduh dengan orang macam ni takkan ada faedah, komisen malah bonus, yang aku dapat cuma RUGI. rugi masa aku, air liur aku, dan idea yang dihasilkan di benak berkelas ni. laju je aku berkata : "SORRY, I DONT ARGUE WITH A FOOL". padan muka! rasekann!

sebenarnya dia sentap, pasal aku perli dia tentang kes mencuri tu. biasalah, orang kalau dah bersalah mesti takut kan. aku cakap la apa pun, mesti dia kaitkan dengan ayat "BUAT PINJAMAN LAH. TAKKAN NAK MEROMPAK KOT". eh, aku sikit pun tak sebut pasal merompak. dia pulak yang tolong sebutkan. cheh, konon buat pinjaman. tahik kau! perkataan 'pinjaman' tu sekadar nak menutup salah je bro.

dan.. dan yang melawakkan hati dan buah pinggang aku ialah.. APAKETUALAT BERGADUH DENGAN BUDAK-BUDAK??? aku ni baru je habis sekolah. lainlah macam kau tu terlebih pandai, sebab tu berhenti sekolah awal-awal. grow up, takkan dengan gadis suci macam aku ni pun nak bergaduh. dia tak tahu agaknya aku pemegang rekod pegaduh tegar.

baiklah, sepanjang hidup aku sebenarnya tak pernah aku rasa tercabar sampai macam ni. sebab apa ya? hihi, entahlaa. selalunya kalau gaduh-gaduh ni aku tak terlalu ambil serious, boleh main gelak-gelak bagai. tapi kali ni, lain sikit. mungkin sebab bergaduh dengan orang gila kot. adik beradik sama je gila.

fuhh ==', taking wudu' for a while :)

No comments:

Post a Comment